1- Biarlah saya tak matang, asalkan saya menyahut seruan Illahi, dan akur akan larangan-Nya
2- Biarlah saya tak matang, saya mampu membuat ukiran lengkung pada bibir yang dipandang indah oleh setiap orang.
3- Biarlah saya tak matang, saya mampu membuat hati ini gembira dengan sendiri. SAYA TAK GILA !
4- Biarlah saya tak matang, saya mampu buat orang lain ketawa riang. Walaupun hanya dengan lawak bodoh sekalipun. Indahkanlah kehidupan daripada kemurungan yang durjana.
5- Biarlah saya tak matang, saya mampu untuk berfikir baik buruknya sesuatu dalam kehidupan seharian.
6- Biarlah saya tak matang, saya tak buang sampah merata tempat. Walaupun secebis plastik gula-gula.
7- Biarlah saya tak matang, saya tidak memandang remeh terhadap orang-orang yang susah.
8- Biarlah saya tak matang, saya tak malu bertanya pada orang yang lebih matang walaupun dia berumur lebih muda daripada saya.
9- Biarlah saya tak matang, saya tak tergilakan akan lelaki, saya tergila nak kahwin. Saya pilih yang halal, awak tu?
10- Biarlah saya tak matang, saya tak mengeluh ikut perintah Allah. Saya mengeluh melihat hamba-Nya begitu senang meninggalkan perintah-Nya.
11- Biarlah saya tak matang, makan nasi, berak dalam tandas, mandi, pergi sekolah. Banyak perkara awak yang matang pernah buat, saya pun pernah buat.
12- Biarlah saya tak matang, setidaknya tak ada yang pandang saya ni orang yang serius dengan muka ketat tak mesra alam.
13- Biarlah saya tak matang, setidaknya saya mampu berkawan dengan golongan mana je pun saya suka.
14- Biarlah saya tak matang, hidup ni sekali je. Bukan iras muka sahaja yang menggambarkan kematangan orang kan?
15- Biarlah saya tak matang, janji kawan lelaki tu tetap saya ada. teEHEEEE =
edit dari blog WAN AHMAD NABIL