Saturday, February 4, 2012

12 RABIUL AWAL

Hari ini adalah tarikh lahir NABI MUHAMMAD (S.A.W)...semua jom selawat banyak-banyak..well kalau nak selawat tak perlu tunggu tarikh ni saje..bila masa bahkan digalakkan berselawat sentiasa...jom ramai-ramai kita berselawat kepada Nabi MUHAMMAD kesayangan kita semua...mari-mari...haiya2..

aku akan selalu rasa sebak setiap kali mendengar cerita Nabi-nabi dan Rasul-rasul...kisah Nabi MUHAMMAD lagi la kan..walaupun air mata tak keluar eh pernah la sekali ke dua kali air mata aku menitis keluar..maklumlah aku ni kan nak kata hati batu tak la juga just susah nak nangis la..

aku tak kisah dengar atau tengok cerita-cerita yang aku suka..tak kisah la kalau orang lain bosan aku tetap tak kan..aku suka dengar benda tu berulang-ulang kali..kisah-kisah nabi-nabi dan rasul-rasul,kisah Ibu bapa aku..walau aku dah dengar berulang kali sampai mak ayah aku dah bosan nak cerita kat aku..aku tetap paksa diorang cerita kat aku..hahaha..

ok back to the story..alangkah bahagianya diriku ini dapat bertemu dengan Rasulullah yang sangat berakhlak mulia dan berwajah manis apabila bertemu dengan orang..entahkan dapat entahkan tidak..
beruntungnya orang-orang yang dapat berjumpa,berpelukan,bersalaman dan berjuang mengembangkan dakwah islam bersama-sama baginda..beruntung juga orang-orang yang dapat berjumpa baginda di dalam mimpi..alangkah indahnya jika aku dapat bermimpi dapat berjumpa Rasulullah..
kadang-kadang aku berangan dan cuba membayangkan kehidupan aku jika aku berada di zaman perjuangan islam Rasulullah...bila aku kesusahan atau kebingungan aku akan cuba bayangkan kesabaran Rasulullah dalam mengharungi pelbagai kesulitan..aku berasa telah mendapat semangat yang baru untuk menghadapi dugaan...

sekarang aku tengah bekerja sebagai seorang guru tadika..biasalah kadang rasa hangin je bila budak2 ni tak dengar kata aku..tapi aku pikir balik Rasulullah kan sayangkan budak2. so bila aku rotan ke cubit2 ke pulas2 telinga ke aku force yang sikit sekadar memberi pengajaran atau amaran sebabnya budak2 ni semua tak makan saman bila marah pakai mulut..

so buat korang2 di luar sana kalau dalam kesusahan atau kesulitan selalu-selalulah minta pertolongan daripada ALLAH dan ingatla cara Nabi MUHAMMAD handle kesulitan yang dihadapi oleh baginda..Ya ALLAH bantulah hambamu ini dalam apa jua keadaan dan bantulah hamba dalam mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah..

dengarlah lagu favorite aku ni heheheh

No comments: